Maklum semua dah tahu Malaysia bukanlah satu-satunya negara di dunia yang
tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel.
Semua orang juga tahu oleh kerana ketiadaan hubungan diplomatik, rakyat
negara ini dilarang melawat Israel tanpa mendapat kebenaran khas
terlebih dahulu.
Tapi berapa ramai orang tahu bahawa pasport Malaysia adalah satu-satu dokumen seumpamanya di dunia yang secara jelas menyatakan penggunaannya tidak sah di Israel? Sebelum 1994, satu lagi negara dimana pasport kita tidak sah digunakan ialah Afrika Selatan yang pada waktu itu mengamalkan dasar Apartheid.
Arab Saudi, Indonesia (negara Islam terbesar dunia)- sekadar menyebut beberapa, pun tidak menyatakan passport negara masing-masing tidak sah digunakan di Israel walaupun negara berkenaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara yahudi itu, hanya Malaysia sahaja yang ada kelebihan tersebut.
Paling hampir seperti Malaysia ialah Iran, itupun larangan memasuki Israel tidak disebutkan secara terus terang, sebaliknya digantikan dengan perkataan larangan memasuki “wilayah Palestine yang diduduki” , merujuk kepada Israel.
Namun pada hakikatnya saat ini juga negara Brunei, Bangladesh serta Pakistan pun menyatakan hal sama rupanya.
Good Job! Ini barula boikot!
sumber artikel : utusandaily
No comments:
Post a Comment