|
Kota peninggalan sejarah |
|
Pemandangan Kota Pompeii |
Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M),
keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk
sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para
penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam
bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.
Sehinggalah tiga hari kemudiannya,
secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan
sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak
pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..
Sejarah kota ini selama hampir 1,500
tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota
terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.
Tiada siapa
yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah
tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali
terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air
kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba
kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas
menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.
Tinggalan aneh
berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya
terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan
di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius
meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada
berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Misteri Terbongkar
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori
Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan
harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan
pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di
kawasan berkenaan kembali dikorek keluar.
Ketika itulah misteri
kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai
persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji
sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain
artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan
berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan
menggerunkan..!
|
Penemuan yang mengejutkan ramai pihak |
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang
seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu
secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii
apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan
hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.
|
Sebahagian penduduk tidak dapat melarikan diri ketika bencana |
Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii
ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk
Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya
terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.
Peristiwa ini berlaku selepas gunung
berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan
panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii
hancur seluruhnya.
Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga
menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah
kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah
kewujudannya terbongkar kembali.
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan
ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi
itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita
sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6
Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok
masyarakat di tengah Itali.
|
Anjing yang turut menjadi korban |
|
Duit syiling Romawi Kuno |
Pompeii kemudian berkembang pesat dan
maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina
dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai
pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah
pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin
lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga
dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat
kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi
tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota
berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu
‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga
membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat
malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan
Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya
seolah-olah menjadi patung batu.
Informasi dari Al Quran
Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk
difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya
secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak
berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.
Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran
bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan
dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).
Begitulah kisah yang terjadi kepada
penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar
daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita
hari ini.
sumber: aura-ilmu.com